Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Warga Kampus yang dihormati,
Apa khabar? Didoakan semoga anda semua sentiasa dalam rahmat Allah di mana jua anda berada.
Terima kasih kepada warga UM yang menyumbang kepada ZAKAT UM. Sesungguhnya, zakat anda amat bermakna kepada asnaf UM.
Bersama ini dilampirkan Laporan Agihan Zakat Universiti Malaya bagi tempoh 1 Januari 2021 - 31 Mei 2021.
Adalah dimaklumkan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) melalui surat kelulusan bertarikh 4 Disember 2020 membenarkan agihan wakalah kepada pelajar bukan Islam dengan mengikut garis panduan yang ditetapkan. Agihan kepada pelajar bukan Islam juga telah dilaksanakan di UM. Oleh itu, ayuhlah berzakat di UM bagi membantu lebih ramai asnaf di UM.
Tunai zakat dan nikmati 100% rebat cukai pendapatan.
#KalauBukanSekarang,BilaLagi?
#Tunai Zakat Secara Online
#staysafe