• Welcome to Bursary, Universiti Malaya
logo
logo

SOALAN LAZIM BERKENAAN SISTEM ‘UM PROCUREMENT & PAYMENT MANAGEMENT

1. Apakah UM Procurement & Payment Management System?

Ianya merupakan sistem yang merekodkan semua transaksi perolehan bagi Universiti Malaya melalui atas talian yang dikuatkuasakan dari tahun 2011. Tujuan pengenalan sistem secara atas talian ini adalah untuk memastikan urusan perolehan yang lebih telus dapat dijalankan melalui perolehan atas talian.

1. Apakah Portal Pembekal?

Portal Pembekal merupakan platform bagi para pembekal untuk membuat pendaftaran dengan Universiti Malaya dan seterusnya membuat tawaran sebutharga melalui portal pembekal.

2. Bagaimanakah caranya sekiranya pembekal tidak tahu menggunakan UM Procurement & Payment Management System untuk membuat tawaran secara atas talian atau mendapatkan bantuan?

Pembekal boleh merujuk kepada manual pengguna yang disediakan dalam portal pembekal selepas “log in” di dalam sistem portal pembekal. Sekiranya ada sebarang kemusykilan, pembekal boleh hubungi atau e-mel Bahagian Perolehan, Jabatan Bendahari, Universiti Malaya. No telefon dan alamat e-mel boleh didapati di portal pembekal.

3. Bagaimanakah saya boleh membuat aduan berkenaan Portal Vendor?

Pembekal boleh membuat aduan dengan klik pada pautan “HELPDESK” pada laman utama Portal Vendor.

4. Apakah keperluan pelayar, web (browser) dan perisian yang perlu saya gunapakai untuk membuat tawaran melalui portal pembekal?

Keperluan komputer (PC) biasa dan semua jenis web (browser).

1. Mengapa pembekal perlu berdaftar dalam portal pembekal Universiti Malaya?

Pembekal perlu berdaftar kerana dengan pengenalan sistem UM Procurement & payment Management System hanya pembekal yang berdaftar dapat mengakses untuk membuat tawaran secara atas talian melalui portal pembekal.

2. Bilakah pembekal harus berdaftar dalam UM Procurement & payment Management System?

Pendaftaran harus dibuat sebelum mengambil bahagian dalam sebarang pelawaan sebutharga atau tender yang dibuat oleh pihak Universiti Malaya dan pendaftaran boleh dilakukan pada bila-bila masa.

3. Bagaimanakah cara untuk pembekal berdaftar dalam UM Procurement & payment Management System atas talian?

Pembekal boleh berdaftar atas talian melalui portal pembekal UM melalui laman web http://vendor.um.edu.my.

4. Bagaimana saya ingin mendapatkan katanama dan katalaluan sekiranya saya telah terlupa?

Mohon gunakan pautan ‘Forgot id’ pada portal pembekal untuk mendapatkan semula katanama dan katalaluan dengan menggunakan emel yang telah didaftarkan.

5. Berapakah bayaran pendaftaran untuk permohonan baru dan pembaharuan pendaftaran?

Bayaran pendaftaran adalah RM100.00 setahun dan pembaharuan pendaftaran tahunan boleh dibuat melalui UM Procurement & Payment Management System. Langganan SMS adalah opsyen kepada pembekal dan bayaran adalah RM100.00 bagi 500 SMS. Langganan semula boleh dibuat secara atas talian dengan pembayaran melalui kad kredit/ FPX.

Bayaran pendaftaran boleh dibuat melaui kaunter bank, bank deraf, wang pos, kiriman wang atau melalui perbankan internet atas nama BENDAHARI UNIVERSITI MALAYA di kaunter Bahagian Tunai, Aras Lobi (L), Bangunan Canseleri Baru, Jabatan Bendahari, Universiti Malaya atau dihantar melalui perkhidmatan kurier yang disertakan dengan surat daripada syarikat. Pembayaran melalui kad kredit/ FPX boleh dilakukan semasa pendaftaran secara atas talian.

6. Bagaimana pembekal boleh mendapatkan ID pengguna dan kata laluan?

ID pengguna dan kata laluan adalah diisi oleh pembekal semasa pendaftaran.

7. Apakah status permohanan pendaftaran dan kaedah pembayaran bagi pengaktifan vendor?

Pembekal boleh mendapat akses selepas bayaran pendaftaran dibuat.

8. Bilakah pengaktifan akan dibuat setelah bayaran dibuat?

Bagi kaedah pembayaran melalui kad kredit/ FPX boleh dilakukan semasa pendaftaran secara atas talian dan pengaktifan akan dilakukan serta merta manakala bagi kaedah berikut, pengaktifan akan dilakukan setelah Bahagian Perolehan menerima pengesahan bayaran. Bukti pembayaran perlu dikemukakan ke unit_perolehan@um.edu.my untuk tindakan lanjut

(b) Pembayaran melalui kaunter bank, bank deraf, bank deraf, wang pos atau kiriman wang atas nama BENDAHARI UNIVERSITI MALAYA

(c) Pembayaran melalui perbankan internet atas nama BENDAHARI UNIVERSITI MALAYA dengan CIMB Bank, No Akaun: 8001279998.

Bagaimanakah caranya sekiranya pembekal tidak tahu menggunakan sistem UM Procurement & Payment Management untuk membuat tawaran secara atas talian atau mendapatkan bantuan?

Pembekal boleh merujuk kepada manual pengguna yang disediakan dalam portal pembekal selepas “log in” di dalam sistem portal pembekal. Sekiranya ada sebarang kemusykilan, pembekal boleh hubungi atau e-mel Bahagian Perolehan, Jabatan Bendahari, Universiti Malaya. No telefon dan alamat e-mel boleh didapati di portal pembekal.

Highlights

Last Update: 24/09/2021