Segala puji bagi Allah s.w.t, Tuhan yang mencipta sekalian alam.

Dengan rahmat dan limpah kurnia-Nya, bersyukur kita kepada Allah s.w.t kerana diberi taufiq dan hidayah untuk terus berkhidmat di Jabatan Bendahari yang merupakan salah satu jabatan utama di Universiti Malaya.  Kepercayaan yang diberikan di dalam menabur bakti kepada universiti tertua di Malaysia ini adalah satu amanah yang perlu digalas dengan sebaik-baiknya.

Dirakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua staf yang sentiasa berkhidmat dengan penuh dedikasi kepada Jabatan Bendahari.  Diharapkan semua staf dapat meneruskan usaha murni ini bagi menjamin keharmonian dan kelancaran urusan kewangan di Universiti Malaya.

Adalah menjadi harapan semua pihak agar Jabatan Bendahari dapat memberi perkhidmatan yang terbaik kepada semua warga kampus dan sentiasa bekerjasama dalam apa jua tugasan yang diberikan.  Minda kita perlu bersedia untuk membawa perubahan dengan nafas yang lebih segar dan baru.

Sekian, terima kasih.

WAN MOHD SOFI WAN MUSTAPHA

Pengawal Kewangan/Bendahari

  • PORTAL PELAJAR
  • PORTAL STAF
  • PORTAL PEMBEKAL
  • PORTAL TERIMAAN